AM

PolicyStreet Tawar 5,000 Cukai Jalan Percuma Sempena Kempen “Betul-Betul Free Road Tax”

07/10/2024 06:09 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kempen “Betul-Betul FREE Road Tax” anjuran PolicyStreet kembali buat kali ketiga pada 10 hingga 11 Okt ini dengan menawarkan peluang keemasan kepada rakyat Malaysia mendapatkan cukai jalan secara percuma.

Kempen dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang dua hari tersebut diadakan bersempena tarikh istimewa '10.10' dan kali ini menawarkan manfaat 10 kali ganda berbanding edisi pertama dengan 5,000 rakyat Malaysia bakal menikmati cukai jalan percuma.

“Sepanjang promosi kilat, 5,000 rakyat Malaysia pertama yang memiliki kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1600cc boleh menikmati cukai jalan percuma.

“Pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas pula akan menikmati diskaun, memastikan mereka mendapat cukai jalan termurah ataupun ‘Cheapest Road Tax in Town’,” kata PolicyStreet dalam kenyataan.

Tidak hanya menawarkan cukai jalan percuma, PolicyStreet juga memperkenalkan Pelan Pembayaran Mudah Tanpa Faedah yang membolehkan rakyat Malaysia membayar insurans kereta secara ansuran selama tiga, enam atau 12 bulan tanpa dikenakan faedah.

Kemudahan ini boleh dinikmati pemegang kad kredit sembilan bank terkemuka termasuk Maybank, Public Bank dan CIMB Bank.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet Yen Ming Lee berkata kempen ini mencerminkan komitmen syarikat membantu rakyat Malaysia melalui penyelesaian insurans yang inovatif dan berpatutan.

“Di PolicyStreet, matlamat kami fokus dalam memberikan perkhidmatan untuk komuniti yang kurang mendapat layanan melalui penyelesaian insurans inovatif.

“Kami teruja menegaskan semula komitmen kepada pengguna dengan bukan sahaja menawarkan ‘the Cheapest Road Tax in Town’ tetapi juga memastikan insurans kereta adalah bermakna dan mudah untuk setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Insurans kereta boleh diperbaharui sehingga dua bulan sebelum tarikh tamat tempoh dan pengguna dinasihatkan merebut peluang penjimatan ini dengan memperbaharui insurans mereka menerusi laman web car.policystreet.com seawal mungkin.

PolicyStreet ialah kumpulan syarikat teknologi insurans (InsurTech) tindanan penuh serantau yang menyediakan penyelesaian insurans digital termaju kepada perniagaan dan pengguna di Asia Tenggara dan Australia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan