AM

PETRA Terajui Transformasi Sektor Air Dan Tenaga Negara

09/10/2024 12:39 PM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), yang diketuai oleh Datuk Seri Fadillah Yusof, ditubuhkan pada Disember tahun lalu dengan mandat besar untuk memacu tekad kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui pemerkasaan bekalan air dan tenaga.

Sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA), penjenamaan semula kepada PETRA mencerminkan komitmen serius kementerian ini dalam mengurus dan mengawal selia agenda peralihan tenaga dan transformasi air.

Ini berasaskan empat tonggak utama: keterjaminan, keselamatan, kemampanan, dan kesejahteraan rakyat.

Penubuhan PETRA sebagai entiti yang menyelaras sektor tenaga dan air menunjukkan inisiatif kerajaan dalam memperkukuh kelestarian kedua-dua sektor tersebut demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan hidup di negara ini.

"PETRA komited untuk memastikan bekalan tenaga dan air yang berterusan, berkualiti, dan konsisten. Kami juga memastikan penggunaan tenaga yang cekap dan bekalan air bersih yang selamat.

“Selain itu, PETRA berusaha memperkukuh pengurusan dan kawal selia bekalan tenaga dan air yang mampan serta memastikan kesejahteraan rakyat melalui akses kepada bekalan tenaga yang boleh dipercayai serta bekalan air yang bersih dan mencukupi,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dalam sektor tenaga, PETRA menyokong usaha kerajaan ke arah mencapai dasar karbon sifar menjelang 2050. Kementerian ini memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, di samping memfokuskan kepada kemampanan penggunaan tenaga dalam kalangan masyarakat.

Dengan iktikad padu dalam memastikan empat tonggak MADANI, PETRA melaksanakan pelbagai inisiatif utama dalam sektor tenaga, termasuk Solar @PETRA, Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB), Malaysian Electricity Supply Industry Reform (MyRER), National Energy Transition Roadmap (NETR), Dasar Tenaga Negara (OTN), dan mekanisme The Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

Dalam sektor air, PETRA berperanan dalam pengurusan air, perkhidmatan bekalan air, dan pembetungan yang holistik serta mampan. Usaha ini bertujuan menjamin ketersediaan air untuk kesejahteraan manusia dan ekosistem.

Antara inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan keterjaminan dan kemampanan sektor air termasuklah Program Tebatan Air, Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Program Denai Sungai Kebangsaan, Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan, Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), Penghasilan Air Pulih Guna, Pelarasan Tarif yang Komprehensif, dan Rebat Caj Pembetungan Indah Water Konsortium.

PETRA memayungi 10 jabatan dan agensi, antaranya Suruhanjaya Tenaga (ST) yang bertanggungjawab mengawal dan melaksanakan dasar tenaga, serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengawasi perkhidmatan bekalan air.

Selain itu, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), yang menguruskan perkhidmatan pembetungan, dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang bertanggungjawab terhadap pengurusan lembangan sungai dan sistem saliran, turut berada di bawah pengawasan PETRA.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan