TOKYO, 11 Okt (Bernama-Kyodo) -- Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon" meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.
Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.
Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia.
-- BERNAMA-KYODO
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial