AM

Toh Puan Fauziah Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Jadi TYT Sarawak

12/10/2024 08:21 AM

KUCHING, 12 Okt (Bernama) -- Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Toh Puan Fauziah menerima Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Turut menerima DP ialah Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Leonard Linggi Jugah.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli dianugerahkan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima lain ialah Ketua Masyarakat Melayu Sibu Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, Peguam Besar Sarawak Datuk Saferi Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii, Setiausaha Sulit Kanan Premier Sarawak Datuk Khir Busrah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Ismawi Ismuni dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) membawa gelaran Datuk.

Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak Hamdan Sharbini serta Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Neilson Ilan Mersat antara 12 penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) membawa gelaran Datu.

Sebanyak 18 individu menerima Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) membawa gelaran Datuk antaranya Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman dan Setiausaha Akhbar kepada Premier Sarawak Ambrose Cheng Loi Hee.

Sambutan kali ini turut menyaksikan tiga individu menerima Johan Bintang Sarawak (JBS), seorang menerima Johan Bintang Kenyalang (JBK), 20 menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), 15 menerima Pegawai Bintang Sarawak (PBS) dan 98 Pegawai Bintang Kenyalang (PBK).

Sebanyak 143 individu dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Bakti, Ahli Bintang Sarawak (76), Ahli Bintang Kenyalang (198), Pingat Perkhidmatan Terpuji (194) dan Bentara Bintang Sarawak (259).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan