AM

Bangunan Runtuh Dibina Tanpa Permit - MBMB

12/10/2024 05:08 PM

MELAKA , 12 Okt (Bernama) -- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesahkan projek pembinaan bangunan tiga tingkat di Jalan Bukit Senjuang, Bandar Hilir yang runtuh petang semalam tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata hasil semakan pihaknya mendapati syarikat swasta milik individu itu tidak mengemukakan sebarang permohonan pembinaan kepada PBT. 

"MBMB telah menyita kawasan itu bagi mengelak pembinaan diteruskan.

“Pada masa sama dalam proses untuk mengenakan kompaun terhadap pemilik bangunan itu dengan jumlah maksimum RM50,000 di bawah akta sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mengikut peruntukan Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, tiada sesiapa boleh mendirikan sesuatu bangunna tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan jenis bangunan yang sedang dibina itu dan tarikh pembinaan bermula memandangkan tiada papan tanda lesen atau tender diletakkan di tapak binaan. 

“Kita akan panggil pemilik bangunan ini Isnin ini untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Semalam Bernama melaporkan seorang pekerja warga Bangladesh maut manakala dua lagi cedera dalam runtuhan bangunan tiga tingkat itu yang dalam proses pembinaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan