KULAI, 15 Okt (Bernama) -- Seluas 20 ekar Hutan Bandar Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) di sini dilimpahi cahaya 1.7 juta mentol diod pemancar (LED) sekali gus meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) Mohd Fahmi Salam berkata pihaknya berbesar hati dengan pengiktirafan diberikan kepada Hutan Bandar MPKu itu sebagai festival lampu terbesar dalam taman awam di Malaysia menerusi pameran Luna Lights Wonderland.
"Pengiktirafan (MBOR) diberikan kepada MPKu atas justifikasi keluasan lokasi dan jumlah mentol LED berkenaan…untuk penganjuran (Luna Lights Wonderland) ini (Hutan Bandar MPKu) yang terbesar, dengan keluasan hutan bandar 160 ekar, kita gunakan kira-kira 20 ekar untuk hias 1.7 juta mentol LED,’’ katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Turut hadir Pegawai Daerah Kulai Fizwan Mohd Rashidi.
Mohd Fahmi berkata pameran yang bermula 26 Sept sehingga 27 Okt ini turut disertai 70 peniaga tempatan dan tempoh penganjuran dijangka dilanjutkan dua minggu.
“Saya harap dengan lanjutan itu nanti akan beri lebih ruang kepada orang ramai untuk hadir memandangkan perayaan Deepavali juga akan disambut tidak lama lagi," katanya.
Beliau menambah penganjuran itu juga seiring dengan persediaan Tahun Melawat Johor 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial