ROM, 15 Okt (Bernama-ANSA) -- Kontinjen Itali Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNIFIL tidak akan berundur dari Lubnan di tengah-tengah serangan Israel, meskipun terdapat tuntutan daripada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menarik diri, lapor agensi berita Itali, ANSA, memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, pada Isnin.
Tajani menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung kemungkinan pengunduran hanya terletak di tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Kami menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah tidak boleh diterima. Askar Itali tidak boleh disentuh. Kami tidak akan meninggalkan kedudukan kami, kerana keputusan ini sepenuhnya di tangan PBB.
“Kami tidak akan berundur dari kawasan yang sedang berdepan kesukaran,” kata pemimpin Forza Italia itu selepas sidang kemuncak di Balkan, Berlin.
“Anggota tentera kami sentiasa menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab,” tegasnya.
-- BERNAMA-ANSA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial