EKONOMI

Shopee Perkasa Usahawan Tempatan Capai Kejayaan

15/10/2024 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kisah keazaman, ketabahan dan impian yang direalisasikan melatari perniagaan dalam talian yang diusahakan Muhammad Afiq Mohamad Arshad dan Faizah Milin, pengasas A&F Berkat Borneo, kata Shopee.

Menerusi perniagaan yang diusahakan itu, kedua-dua usahawan ini memperlihatkan cara Shopee Malaysia membantu usahawan berhubung dengan pelanggan di seluruh negara, memupuk pertumbuhan dalam komuniti dan memberikan kegembiraan dalam setiap pembelian.

Bermula sebagai penjual produk kering dan barangan istimewa di pasar malam tempatan, Muhammad Afiq dan Faizah kemudiaannya beralih kepada Shopee, untuk membina perniagaan dalam talian dan berkembang maju. 

 

Sebelum ini, perniagaan mereka berdepan cabaran daripada cuaca yang tidak menentu serta pelanggan yang turun naik, menyebabkan kewangan mereka tidak berapa stabil.

Demi mencari sumber kewangan yang lebih kukuh, mereka menyertai Shopee pada 2018 dan menyaksikan peningkatan pendapatan, daripada RM80,000 pada tahun pertama kepada kira-kira RM500,000 menjelang penghujung 2024. 

"Sebelum ini kami sering bimbang apabila hujan. Jika pelanggan kurang, sudah tentu pendapatan juga berkurangan, ini menyebabkan kami sukar untuk menyara keluarga. Shopee kemudiannya membuka peluang yang tidak kami sangkakan. Penyelesaian logistik mereka mengubah perniagaan kami, membolehkan kami menghantar produk kami dengan cekap ke seluruh Malaysia. 

"Kini, walaupun pada hari hujan, kami boleh mencapai pasaran utama seperti Johor, malah memberikan pendapatan yang lebih stabil dan mengubah kehidupan yang tidak pernah kami bayangkan," kata Faizah. 

Kejayaan A&F Berkat Borneo itu turut memberi manfaat kepada pembekal dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Permintaan yang meningkat membolehkan mereka mengembangkan operasi, mengupah kakitangan baharu dan melabur dalam pengangkutan yang lebih baik, kata Shopee.

Di samping meningkatkan perniagaan mereka, Shopee berkata perniagaan yang diusahakan itu turut memperkasa suri rumah dalam komuniti dengan memberi bimbingan bagaimana menjana pendapatan sampingan menerusi Program Affiliate Shopee, menggalakkan kebebasan kewangan serta menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan komuniti mereka.

Sementara itu, The Pastels Shop, yang diasaskan oleh penggemar penjagaan kulit Sarini Zainal Abidin, memanfaatkan infrastruktur logistik Shopee untuk meningkatkan perniagaannya di seluruh negara.

Bermula dengan perniagaan tempatan kini telah berkembang kepada kedai utama dan gudang, mewujudkan lebih 70 pekerjaan sambilan, terutamanya untuk penduduk di kawasan seperti Banting dan Shah Alam.

"Rangkaian logistik Shopee yang teguh adalah kunci kepada pertumbuhan kami, membantu meningkatkan operasi sambil menyumbang kepada penciptaan pekerjaan tempatan," kata Sarini.

Meskipun berpangkalan di Lembah Klang, menerusi jangkauan Shopee membolehkannya menembusi pasaran yang kompetitif seperti Pantai Timur, mengatasi cabaran logistik demi membawakan produk penjagaan kulit dengan cekap dan boleh dipercayai.

Shopee Malaysia telah menjadi pemangkin untuk mengubah ramai usahawan Malaysia daripada permulaan yang sederhana kepada kisah kejayaan di seluruh negara.

Dengan program logistik yang mantap dan ketersambungan yang lancar di seluruh negara, Shopee berkata ia telah memperkasakan usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka melangkaui sempadan tradisional sambil memberikan pembeli kemudahan, kepercayaan dan kepuasan yang tiada tandingannya.

Shopee terus berinovasi dan bekerjasama dengan rakan kongsi logistik utama bagi memastikan penghantaran yang lebih pantas dan lebih dipercayai untuk penjual dan pembeli di seluruh negara. Dengan jaminan menepati masa, platform ini menjanjikan penghantaran tepat pada masanya dan menawarkan pampasan jika berlaku kelewatan penghantaran, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar.

“Shopee membolehkan penjual luar bandar mencapai pasaran baharu untuk mengubah perniagaan tempatan menjadi kisah kejayaan di seluruh negara, dan kekal komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan