KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Transformasi perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutama dalam mencari pendekatan baharu terkait isu kelewatan pelaksanaan projek, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau berkata perlu ada penerokaan kaedah pelaksanaan projek yang baharu berbanding kaedah konvensional selari dengan isu, perubahan teknologi dan matlamat negara.
“Selain itu, satu inventori khusus perlu dibangunkan bagi mengenal pasti bangunan kosong di seluruh negara untuk membolehkan kerajaan mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada dan mengurangkan pembinaan kompleks baharu pejabat kerajaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Perkara itu antara yang disentuh dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 7 Tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.
Anwar berkata mesyuarat itu antara lain meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan bagi mendapatkan nilai terbaik kepada kerajaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial