AM

Program 'Fun Run Bernama Radio & MITI' Eratkan Silaturahim Petugas

17/10/2024 04:02 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Penganjuran Program Fun Run Bernama Radio & MITI’ merupakan satu insiatif bagi mengeratkan kerjasama dan silaturahim antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin berkata melalui program tersebut juga petugas Bernama dan MITI yang menyertainya berpeluang untuk mengenali menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara lebih dekat.

“Alhamdulillah, kita rasa berbesar hati kerana MITI menawarkan kerjasama dengan Bernama khususnya Bernama Radio dalam menganjurkan ‘Fun Run Bernama Radio & MITI’.

“…sambil berlari kita dapat meningkatkan ukhwah (bersama menteri) dan berbual hal semasa,” katanya ketika ditemui Bernama selepas program tersebut di Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Lebih 60 petugas Bernama serta MITI menyertai program ‘Fun Run Bernama Radio & MITI’ hari ini, dengan kesemua peserta dilepaskan oleh Tengku Zafrul dan Nur-ul Afida di Wisma Bernama pada 7.30 pagi tadi.

Program julung kali diadakan itu bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara yang disambut pada Oktober setiap tahun, selain mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan orang ramai.

Sementara itu Tengku Zafrul menerusi laman X berkata program itu juga bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga menyatukan komuniti.

‘Next!! Sukan apa lagi nak saya join? Team MITI dan Team Bernama berjogging di Taman Tasik Titiwangsa bagi menyambut Hari Sukan Negara (HSN) dengan misi membudayakan sukan dan memupuk semangat kecergasan dalam kalangan masyarakat.

“Lagi menarik, Team Radio Bernama setup Konti Radio mereka di Black & White Cafe untuk ‘havockan’ (meriahkan) lagi suasana,” katanya yang turut menyertai larian sejauh 2.5 kilometer dari Wisma Bernama ke Taman Tasik Titiwangsa.

Beliau berkata program itu turut dimeriahkan dengan pemberian pek Raya Deepavali kepada kakitangan Bernama yang bakal meraikan perayaan tersebut hujung bulan ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan