DUNIA

Niaga Hadapan Emas Dijangka Naik Minggu Depan

19/10/2024 02:32 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka naik pada minggu depan, didorong oleh jangkaan persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan di peringkat global, kata seorang penganalisis.

Persekitaran kadar faedah yang rendah menguntungkan emas kerana ia mengurangkan kos peluang bagi pegangan aset tidak menghasilkan seperti emas.

“Pelabur menjangkakan kadar rendah ini akan berterusan, yang mendorong permintaan emas sebagai aset selamat,” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Oktober 2024 menutup minggu ini dengan meningkat kepada US$2,718.00 setiap auns troy berbanding US$2,645.90 pada minggu sebelum ini dan November 2024 menokok kepada US$2,733.00 daripada US$2,667.70.

Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$2,741.10 setiap auns troy berbanding US$2,669.10 minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 59 lot daripada 88 lot, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 40 kontrak berbanding 53 kontrak sebelum ini. 

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 17 Okt, harga emas fizikal berada pada US$2,688.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan