BERITA TERGEMPAR   PM Anwar arrives in Jakarta to attend Indonesian presidential inauguration | 
 AM

Mangsa Banjir Di Pahang, Perak Dan Kedah Berkurang

19/10/2024 05:53 PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Mangsa banjir di Pahang, Perak dan Kedah mencatatkan penurunan manakala di Selangor meningkat dan di Perlis kekal dengan jumlah keseluruhan yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) sebanyak 2,570 orang berbanding 3,781 orang pagi tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan setakat 4 petang ini jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurang dengan ketara daripada 1,259 orang pagi tadi kepada 363 orang dan kesemuanya ditempatkan di satu PPS di Temerloh.

Di PERAK,  sebanyak 1,506 mangsa banjir masih ditempatkan di 11 PPS berbanding 1,619 mangsa pada pagi tadi melibatkan daerah Kerian, Hilir Perak, Kampar, Perak Tengah serta Kuala Kangsar dan keadaan sama dilaporkan di KEDAH dengan jumlah penduduk yang ditempatkan di dua PPS berkurang kepada 80 orang berbanding 298 orang pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di SELANGOR bertambah sedikit daripada 136 pagi tadi kepada 152 petang ini manakala di PERLIS kekal 469 orang.

Sementara itu, laman web rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my/ memaklumkan empat sungai mencatatkan paras bahaya masing-masing tiga di Sarawak dan satu di Kedah. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.30 petang ini pula memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Labuan, seluruh Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 6 petang ini. 

Keadaan cuaca sama juga diramalkan di beberapa bahagian di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan