AM

Anwar Sampai Sumbangan Kepada Bekas Ahli Parlimen Raub

20/10/2024 10:17 AM

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menjalani rawatan pemulihan akibat serangan angin ahmar.

Sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi pada sesi Ziarah MADANI baru-baru ini.

“Saya mendoakan agar Datuk Ariff segera sembuh dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Jasa beliau kepada masyarakat akan terus dikenang dan dihargai,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Mohd Ariff Sabri, 68, merupakan Ahli Parlimen Raub selama sepenggal selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013, di bawah tiket DAP.

Beliau yang dikenali dengan nama pena Sakmongkol AK 47 di blognya, tidak bertanding pada PRU14.

Sebelum menyertai DAP pada 2012, Mohd Ariff Sabri merupakan Ketua Penerangan UMNO Pekan selama empat tahun bermula 2000 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Pahang juga untuk tempoh sepenggal bermula 2004.

-- BERNAMA=


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan