AM

Mohamad Ucap Tahniah Kepada Presiden Prabowo

20/10/2024 06:46 PM

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang baharu, pada Ahad.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

“Saya doakan agar ikatan serumpun Malaysia-Indonesia semakin utuh atas pelantikan ini. InsyaAllah,” kata beliau.

Prabowo, 73, menjadi Presiden Indonesia ke-8 selepas memenangi Pilihan Raya Presiden 2024 pada 14 Februari dengan memperoleh 59 peratus undi.

Beliau, bersama Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, 37, berjaya menewaskan pencabar mereka, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, yang masing-masing meraih kira-kira 25 peratus dan 16 peratus undi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan