AM

Agenda Reformasi Tatakelola, Antirasuah Tekad Kerajaan Rencana Hala Tuju Negara - PM

21/10/2024 06:02 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Agenda reformasi tatakelola pentadbiran selain hal berkaitan integriti dan antirasuah terus menjadi tekad serta keutamaan Kerajaan MADANI dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dikongsikan sewaktu sesi perjumpaan bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

“Walhasil, pelbagai isu telah dibincangkan dalam menjulang agenda reformasi yang dirancang ini termasuk mengadakan sesi libat urus selain mengesyorkan cadangan penambahbaikan agar usaha dalam mereformasikan institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan