EKONOMI

Belanjawan 2025 Letak Malaysia Sebagai Peneraju Serantau Dalam Inovasi AI - MyDigital Corp

22/10/2024 06:01 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi dipacu kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup, kata MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Marcellus berkata belanjawan itu memupuk persekitaran yang kondusif bagi mempercepatkan penggunaan AI.

“Dengan sokongan insentif serta inisiatif penyelidikan dan pembangunan, banyak syarikat boleh meningkatkan kelebihan daya saing, operasi skala selain memacu transformasi digital Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Marcellus menekankan peruntukan bagi Rangkaian Keselamatan AI ASEAN menggariskan kepimpinan negara dalam memastikan pembangunan AI yang selamat dan beretika di seluruh negara anggota ASEAN.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami bagi memupuk amalan AI yang bertanggungjawab yang akan  mengurangkan risiko dan membuka kunci potensi ekonomi AI untuk rantau ini,” katanya.

Marcellus menyatakan peruntukan RM10 juta untuk menubuhkan Pejabat Kepintaran Buatan Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan penting dalam meletakkan Malaysia sebagai peneraju AI.

“NAIO akan berfungsi sebagai pihak berkuasa pusat, memastikan penyelarasan dan strategik usaha AI Malaysia,” tambahnya.

Menurut MyDIGITAL Corp, Belanjawan 2025 amat menekankan ke arah mempromosikan sektor berteknologi tinggi termasuk AI, robotik dan Internet Pelbagai Perkara (IoT).

“Syarikat-syarikat ini, boleh mendapat manfaat daripada insentif cukai serta sokongan R&D, menggalakkan pembangunan bakat tempatan dan kerjasama merentas industri untuk meningkatkan kemajuan teknologi serta kecekapan operasi,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan