AM

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap PM

23/10/2024 08:52 PM

JOHOR BAHRU, 23 Okt (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.

“Dalam pertemuan ini, pelbagai isu terkini dan berkaitan negeri Johor telah disampaikan serta dibincangkan,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Turut hadir pada sesi itu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai perancangan serta pembangunan sukan bola sepak negara dan pasukan kebangsaan,” menurut hantaran itu.

Menerusi hantaran berasingan, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki di tempat sama.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan