AM

200 Keluarga Nelayan Di Pasir Gudang Terima Bantuan Bakul Makanan YSIJ

23/10/2024 11:43 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) --Sebanyak 200 keluarga komuniti nelayan di Pasir Gudang, Johor, hari ini menerima bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menerusi hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengurus Kanan YSIJ Shah Reza Md Kanafe kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan Azli Mohd Aziz dalam satu majlis di Dewan Kompleks Nelayan Pasir Gudang Baru.

Hantaran itu memaklumkan bahawa sejak tahun 2020, YSIJ sentiasa komited membantu golongan nelayan di seluruh Johor terutama mereka yang terjejas pendapatan akibat musim tengkujuh atau masalah kesihatan.

Hantaran yang sama turut berkongsi reaksi penerima bantuan Rahim Md Salleh, 59, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang kudung kaki kiri yang menyifatkan bantuan YSIJ sebagai membantu kelangsungan hidup beliau sekeluarga.

"Pendapatan kami sekeluarga tidak tetap kerana bergantung kepada hasil tangkapan yang semakin berkurangan sejak kebelakangan ini," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan