AM

Amaran Pendakian Ke Puncak Gunung Kinabalu

24/10/2024 07:26 PM

KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Taman-Taman Sabah dalam kenyataan memaklumkan amaran itu, dikeluarkan berikutan cuaca hujan, angin kencang dan berkabus yang berlarutan di gunung itu yang terletak di Taman Kinabalu, Ranau.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa terdapat kejadian tanah runtuh di summit trail gunung itu iaitu di kilometer 3.8, serta kejadian pokok tumbang di kilometer 0.6 dan kilometer 1.6.

“Sehubungan itu, semua pendaki, malim gunung, porter dan staf yang berada di sekitar summit trail Gunung Kinabalu agar lebih berwaspada sepanjang masa dalam sebarang aktiviti pendakian gunung ke Panalaban.

“Tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan