AM

Mangsa Banjir Di Perak Kekal 17 Orang Di Sebuah PPS

25/10/2024 08:41 AM

IPOH, 25 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Perak pagi ini kekal sebanyak 17 orang daripada tiga keluarga, yang kini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, semua mangsa tersebut masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Chikus.

"Kesemua mangsa telah berada di PPS tersebut sejak seminggu lalu berikutan banjir yang melanda Kampung Sungai Tungku, Kampung Parit 12, Kunci Air 4, dan Kampung Permatang Pelanduk," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa hujan diramalkan pada sebelah petang di beberapa daerah termasuk Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, serta Batang Padang.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan