AM

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Trami

25/10/2024 10:20 PM

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami yang dikesan berlaku kira-kira 1,160 kilometer (km) ke Barat Laut Kudat boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan Pantai Timur Semenanjung serta barat Sabah.

MetMalaysia menerusi notis Nasihat Ribut Tropika Kuat yang dikeluarkan pada 8.50 malam tadi memaklumkan, keadaan cuaca itu membawa angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Berdasarkan pencerapan pada 8 malam tadi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 17.3 utara dan longitud 116.2 timur kira-kira 862 km ke Timur Laut Da Nang, Vietnam.

“Pergerakan ribut ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum boleh mencapai 93 km/j,” menurut notis itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan