SUKAN

Thinaah Terima Ijazah TESL, Diiktiraf Ikon Sukan OUM

26/10/2024 07:07 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pemain beregu wanita negara, M. Thinaah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada Open University Malaysia (OUM).

OUM dalam hantaran di Facebook memaklumkan Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, tetapi juga menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti itu di sini hari ini.

Pada 28 Feb lepas, OUM telah memberikan Thinaah biasiswa yang merangkumi semester dari Jan 2023 hingga Mei 2024.

Thinaah yang memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020, berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.

Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan