AM

Anwar Terima Kunjungan Hormat CFM, Bincang Usaha Perkukuh Perpaduan

29/10/2024 05:57 PM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Cor Episcopa Philip Thomas di Bangunan Parlimen hari ini, bagi membincangkan usaha memperkukuhkan perpaduan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu juga penting untuk bertukar pandangan serta memahami keperluan masyarakat pelbagai agama di negara ini.

“Pertemuan ini merupakan platform yang signifikan untuk saya mendengar hal-hal terkait kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya percaya bahawa kerjasama erat antara pelbagai agama adalah kunci kepada keharmonian dan kemajuan negara kita hatta melangkah maju ke arah Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera untuk semua,” katanya.

Anwar berharap usaha dan kerjasama itu akan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dan keharmonian dalam negara tercinta ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan