AM

Kerajaan MADANI Terus Iltizam Bela Kebajikan Rakyat Tanpa Kira Bangsa, Agama - PM Anwar

30/10/2024 10:27 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama adalah selaras dengan iltizam untuk memastikan kebajikan setiap rakyat kekal terbela, tidak tercicir atau dipinggirkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata bantuan itu antara lain termasuklah sumbangan kepada masyarakat India terutamanya golongan miskin tegar dan yang memerlukan.

Menerusi hantaran sama, Anwar turut berkongsi mengenai program Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menyantuni masyarakat India di sekitar Parlimen Indera Mahkota di Kuantan semalam sempena Majlis Penyampaian Baucar Deepavali 2024.

"Dalam majlis ini, saudara Farhan telah menyampaikan baucar ‘Jom Shopping Deepavali 2024’ kepada 135 penerima bagi membawa keceriaan buat mereka sempena sambutan Deepavali tahun ini," kata Perdana Menteri.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut penganut Hindu esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan