DUNIA

Tayangan Perdana 'Pendekar Awang' Di Istanbul

02/11/2024 11:44 AM

ISTANBUL, 2 Nov (Bernama-Anadolu) -- Filem epik pahlawan Melayu, “Sword of Islam,” atau “Pendekar Awang,” ditayangkan di Istanbul.

Kisah ini diilhamkan daripada kisah benar yang menggambarkan penentangan orang Melayu terhadap pencerobohan British ke atas tanah Melayu pada abad ke-19.

Filem terbitan Malaysia itu memaparkan perspektif baharu tentang kekayaan tradisi, nilai dan perjuangan negara.

Seorang pelakon dalam filem itu, Ali Karimi, yang memegang watak sebagai abang kepada watak utama, memberitahu Agensi Anadolu bahawa dia berharap filem itu akan meningkatkan patriotisme dan "mempertahankan diri" terhadap penjajahan.

Selain memberikan hiburan, “Sword of Islam” bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme, cinta akan tanah air dan pemahaman tentang perjuangan menentang penjajahan asing.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan