BERITA TERGEMPAR   PM Anwar Ibrahim tiba di Great Hall of People bagi kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Diesel Di Tumpat

07/11/2024 07:22 PM

KOTA BHARU, 7 Nov (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup keluar diesel ke negara jiran selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah pengkalan haram di Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata dalam serbuan 12.30 tengah hari itu, suspek didapati sedang mengepam keluar diesel daripada tangki sebuah lori ke dalam tong.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu tangki minyak yang sudah diubah suai dan satu pam minyak ditemukan di tepi lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata ekoran itu, pihaknya menahan suspek yang berusia 38 tahun dan menyita sebuah lori, tangki yang diubah suai, pam minyak dan 180 liter diesel membabitkan nilai keseluruhan berjumlah kira-kira RM150,000.

Beliau berkata serbuan sepasukan anggota Batalion 8 itu susulan maklumat mengenai kegiatan disyaki penyeludupan bahan api di pengkalan haram berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan