AM

Penggemar Ayam Rangup Pedas Boleh Nikmati Ayam Epik Di Marrybrown Mulai 11 Nov

08/11/2024 08:06 PM

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) --  Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas halal (QSR) tempatan terbesar di Malaysia, kini menyajikan Ayam Epik iaitu ayam rangup pedas diilhamkan daripada hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli.

Tersedia untuk masa yang terhad, penggemar ayam boleh menikmati keunikan rasa Ayam Epik Marrybrown dalam pelbagai pilihan lazat bermula 11 Nov ini.

Ayam rangup istimewa ini diperap dengan adunan rempah ratus antaranya serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah serta bawang putih dan setiap suapan menyajikan kemewahan dan keaslian rasa tempatan yang lazat.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Daniel Chan berkata Marrybrown berbangga menjadi jenama Malaysia dan memahami kenikmatan hidangan tempatan yang dekat di hati rakyat negara ini.

"Walaupun kami sentiasa berusaha dan terus berinovasi dalam membawakan pengalaman berbeza untuk pelanggan namun Ayam Epik membawa kami menggamit nostalgia kepada aneka hidangan tempatan yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang serta umur dan ia menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi cita rasa pelanggan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Diilhamkan oleh restoran mamak yang menjadi tempat tumpuan masyarakat untuk menikmati makanan pedas berempah, Ayam Epik membawakan anda resepi ayam rangup pedas yang disukai rakyat Malaysia dan menawarkan kerangupan salutan dalam setiap gigitan dengan gabungan aroma bijirin serta rempah ratus segar yang membangkitkan selera.

Chan juga berkata memandangkan penghujung tahun semakin hampir, Ayam Epik menyediakan peluang yang baik untuk rakan taulan dan keluarga berkumpul bersama sambil menikmati hidangan yang benar-benar mencerminkan cita rasa rakyat Malaysia.

Beliau berkata ayam rangup sememangnya menjadi kegemaran orang muda sekali gus menjadikan ia antara pilihan makanan segera paling popular di sini dan yakin pelancaran menu baharu ini pasti akan memikat selera penggemar ayam di seluruh negara.

“Matlamat kami supaya setiap kunjungan ke Marrybrown menjadi detik yang bermakna kerana di sinilah tempatnya untuk rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat boleh berkumpul bersama,” katanya.

Pelanggan boleh memilih untuk menikmati rasa pedas berempah dengan pilihan kombo Ayam Epik pada harga RM17.50 yang menyajikan dua ketul ayam berempah yang lazat dihidangkan bersama kentang lenyek berkrim pilihan anda dengan teh lemon ais Fuze.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati keseimbangan perisa daripada sepinggan kombo Nasi Kari Ayam Epik pada harga RM15.90 iatu hidangan nasi gebu beraroma dimasak dalam kari yang diperkaya dengan rasa jintan manis, ketumbar, bawang merah dan bawang putih disajikan bersama papadum rangup, acar, telur rebus dan seketul ayam.

Jika sukar membuat pilihan antara ayam rangup dan burger ayam, anda boleh memiliki kedua-duanya dengan Ayam Epik Box Meal pada harga RM19.90 iaitu set yang dilengkapi dengan seketul ayam rangup, burger ayam, kentang lenyek panas dan teh lemon ais.

“Anda juga boleh memilih sajian Ayam Epik yang dihidangkan dalam set 3 ketul, 5 ketul dan 8 ketul masing-masing pada harga RM22.90, RM35.50 dan RM56.80,” menurut kenyataan itu.

Marrybrown kini menyantuni berjuta-juta pelanggan di lebih 600 restoran di 16 negara dengan objektif memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai pada tahap tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan