POLITIK

Kerusi PRN Johor: Amanah Pastikan Tiada Pertembungan Dengan BN - Mahfuz

10/11/2024 10:54 AM

IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Tindakan parti Amanah Johor menuntut bilangan kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu adalah perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan antara mana-mana parti politik, kata Naib Presiden parti Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yakin perkara itu akan diselesaikan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dimuktamadkan secara telus dan saksama.

"Itu perkara biasa kerana bagi saya selagi belum ada satu kata putus daripada perundingan maka sudah tentu akan ada pihak yang menuntut ada pihak yang mengatakan ini hak kami, namun kesudahannya nanti kita akan pastikan supaya tiada berlaku pertembungan sesama sendiri.

“Saya percaya kepimpinan UMNO juga mempunyai keterbukaan yang luas untuk melihat masa depan parti politik mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Pemuda Amanah Perak 2204 di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad baru-baru ini yang tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan antara PH dan BN pada PRN atau Plihan Raya Umum (PRU) akan datang.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan