AM

Maritim Malaysia Guna Sistem C4ISR Tahun Depan

13/11/2024 07:56 PM

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menggunakan sistem C4ISR atau pusat perintah, kawalan, komunikasi, komputer, perisikan, pengawasan dan peninjauan bermula tahun depan sempena ulang tahun dua dekad penubuhan agensi itu.

Ketua Pengarahnya Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata penggunaan sistem C4ISR itu sekali gus melengkapkan keperluan operasi Maritim Malaysia yang ditubuhkan pada 15 Februari 2005. 

“Sistem C4ISR ini penting bagi memastikan Pusat Operasi Maritim (POMAR) berfungsi dengan efektif dan lancar, khususnya dalam menerima serta menganalisis maklumat berkaitan ancaman maritim dan aktiviti jenayah.

“Ini terutamanya di kawasan “hotspot” sempadan perairan negara selain mengkoordinasi operasi carilamat (mencari dan menyelamat) di perairan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata manfaat sistem itu dapat dibuktikan apabila agensi itu berupaya menyelaraskan operasi dengan pantas dan tepat sekali gus membolehkan pegawai serta anggota yang berada di lapangan bertindak lebih cekap terhadap sebarang situasi.

Mohd Rosli berkata C4ISR dijangka beroperasi sepenuhnya pada Februari 2025 dengan melibatkan integrasi sistem milik Maritim Malaysia di Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, stesen Udara Maritim Subang serta agensi keselamatan yang telah menggunakan sistem sama seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan