“Setakat ini, terdapat 35 politeknik di seluruh negara dengan dua lagi sedang dibina iaitu di Tawau, Sabah dan Lumut, Perak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Besut di Bukit Keluang dekat sini hari ini.
Beliau turut menyeru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia agar memilih untuk melanjutkan pengajian ke politeknik termasuk Politeknik Besut yang beroperasi di bangunan baharu yang siap pada 2022.
“Pembinaan Politeknik Besut melibatkan kos RM190 juta termasuk RM20 juta bagi perolehan peralatan. Bagaimanapun, jumlah pelajar tidak sampai 400 orang berbanding kemudahan asrama untuk 480 pelajar.
“Politeknik Besut menawarkan tiga program buat masa ini iaitu Teknologi Maklumat, Reka Bentuk Kraf dan Reka Bentuk Fesyen Batik,” katanya yang berharap bilangan pelajar di politeknik itu bertambah kepada 1,200 orang dalam tempoh dua tahun akan datang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial