AM

Penjawat Awam Sarawak Terima Bantuan Kewangan Dua Bulan Gaji

20/11/2024 06:30 PM

KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.

Abang Johari berkata pembayaran BKK tersebut akan mengikut gaji pokok terakhir pada Nov 2024. 

Selain itu, beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM700 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan bantuan tersebut akan dibayar pada suku pertama tahun depan.

“Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut dianggarkan RM190 juta,” katanya dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai Jan tahun depan, kerajaan Sarawak bersetuju memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak.

“Kadar elaun tersebut ialah RM400 bagi kumpulan pelaksana Gred 1 hingga Gred 4; RM500 bagi kumpulan pelaksana Gred 5 hingga Gred 8; RM600 bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred 9 hingga Gred 15 dan kumpulan pengurusan tertinggi akan menerima sebanyak RM 700,” katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan