AM

Paras Air Sungai Semerak, Pasir Puteh Catat Bacaan Peringkat Amaran Pagi Ini - JPS

21/11/2024 10:32 AM

KOTA BHARU, 21 Nov (Bernama) -- Bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini, berbanding paras normal 0.40 meter.

Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my Sungai Golok di Pasir Mas pula berada pada paras berjaga-jaga dengan bacaan 7.19 berbanding paras normal 5.0 meter.

Sementara itu, bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini, berbanding paras normal 0.40 meter.

Semalam, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, dilaporkan meramalkan bahawa kira-kira 20 kampung yang terletak di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok di Pasir Mas dijangka mengalami banjir bermula Jumaat ini.

Sementara itu, semua sungai lain di negeri ini dicatatkan berada pada paras normal.

Semalam Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dilapor meramalkan kira-kira 20 buah kampung yang berada di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari sungai Golok di Pasir Mas dijangka akan mengalami banjir bermula Jumaat ini.

Menurut PRABN banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan tersebut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan