AM

DUN Terengganu Lulus Usul Lantik Che Alias Senator Dewan Negara

21/11/2024 04:09 PM

KUALA TERENGGANU, 21 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan usul memilih bekas Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid sebagai Senator mewakili negeri itu di Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.

Cadangan pelantikan itu dikemukakan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan dipersetujui sebulat suara kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan DUN di Wisma Darul Iman di sini.

“Semoga penyertaan beliau dalam Dewan Negara dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan negeri,” kata Ahmad Samsuri. 

Che Alias, 58, dipilih menggantikan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang yang telah tamat tempoh. 

Bapa kepada tujuh orang anak itu merupakan Ahli Parlimen Kemaman selama satu penggal selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU15) pada 2018.

Beliau kemudian berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15 tetapi kemenangannya dibatalkan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept 2023.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan