JENAYAH & MAHKAMAH

IPD Kajang Lupus Barang Kes Bernilai RM1.87 Juta

21/11/2024 05:07 PM

KAJANG, 21 Nov (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melupuskan pelbagai barangan kes bernilai RM1.87 juta di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pelupusan barangan kes berkenaan membabitkan 313 kertas siasatan jenayah, termasuk 38 jenayah komersial yang telah diselesaikan di mahkamah.

“Pelaksanaan pelupusan ini dibuat mengikut Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah, setelah mendapat arahan pelupusan daripada pihak pendakwa raya dan mahkamah.

“Barangan yang dilupuskan antaranya rokok dan minuman keras tidak bercukai, mesin judi, mesin bitcoin, komputer, telefon bimbit dan cakera padat bagi kes dari 2019 hingga 2024,” katanya ketika berucap pada majlis pelupusan barang kes berkenaan.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Wan Kamarul Azran Wan Yusof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor Datuk Saiman Kasran dan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan