AM

Jualan MADANI 2TM Catat Nilai Jualan Lebih RM670,000

01/12/2024 08:44 PM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Jualan MADANI bersempena program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) mencatatkan nilai jualan keseluruhan lebih RM670,000 serta potensi jualan dan pembiayaan sebanyak RM50 juta.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan hari ini, daripada jumlah itu Jualan Usahawan MADANI yang disertai 85 usahawan mencatatkan jualan lebih RM380,000.

KUSKOP memaklumkan Jualan Murah MADANI yang disertai enam peserta pula berjumlah hampir RM290,000.

"Dalam tempoh tiga hari program 2TM (22-24 Nov 2024) Padan Niaga yang disertai 10 syarikat anchor dan biaya usahawan oleh 18 institusi pembiayaan mencatatkan potensi jualan dan pembiayaan lebih RM50 juta," katanya.

Menurut KUSKOP Jualan MADANI di program 2TM itu melebihi nilai keseluruhan Jualan Mega MADANI sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Perpaduan pada 8 hingga 10 Dis 2023 yang mencatat nilai jualan keseluruhan RM645,000 dan potensi padan niaga lebih RM3 juta.

KUSKOP mengetuai Jawatankuasa Jualan Sempena Program 2TM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan