AM

Di Pahang Orang Ramai Disaran Salur Bantuan Banjir Menerusi APM Negeri

02/12/2024 02:53 PM

KUANTAN, 2 Dis (Bernama) -- Badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi tujuan penyelarasan.

Pengarah APM Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, APM akan memastikan tidak ada mangsa banjir yang tertinggal daripada menerima bantuan. 

"Bermula 2 Dis, kami di APM selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang telah menjalankan satu lagi fungsi iaitu mengumpul sumbangan bantuan mangsa banjir di Pusat Pengumpulan Utama di ibu pejabat APM negeri di Jalan Beserah di sini,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi kaedah itu, penyampaian sumbangan akan dapat dibuat dengan lebih sistematik melalui penyelarasan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah yang terjejas. 

“Antara sumbangan yang dicadangkan makanan kering, tuala, kain sarung, telekung, susu bayi, lampin pakai buang, tuala wanita dan jaket keselamatan. Pakaian terpakai tidak diterima memandangkan ia memerlukan pengasingan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi Lt Norisma 019-9093694 atau Lt Luqman Hakim dengan menelefon 014-9945679.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan