AM

Lebih 40 Fasiliti Kesihatan Kelantan Terjejas Akibat Banjir - Dr Zaini

02/12/2024 05:16 PM

KOTA BHARU, 2 Dis (Bernama) -- Terdapat 49 fasiliti kesihatan yang terjejas di Kelantan setakat ini melibatkan lapan jajahan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata lapan jajahan itu ialah 21 buah klinik kesihatan di Pasir Mas, tujuh di Tumpat, enam di Kuala Krai, lima di Tanah Merah, masing-masing tiga di Pasir Puteh dan Machang, selain masing-masing dua di Bachok dan Kota Bharu.

“Jumlah itu kita kumpulkan setakat semalam dan kita kenal pasti sebahagian besarnya akibat terputus laluan akibat dilimpahi air banjir.

“Ada beberapa hospital juga dinaiki air namun setakat ini tiada hospital yang ditutup operasinya kerana limpahan air surut pada hari yang sama,” katanya kepada Bernama, di sini.

Dr Zaini berkata sebagai langkah segera, pihak jabatan kesihatan negeri telah memindahkan perkhidmatan kesihatan ke fasiliti yang paling hampir dengan kawasan yang terjejas.

Dr Zaini berkata beberapa petugas kesihatan turut menjadi mangsa banjir dan ada sebahagian kakitangan yang tidak dapat bertugas, berikutan laluan keluar rumah digenangi banjir.

“Bagaimanapun setakat ini, jabatan kesihatan negeri tidak mengalami masalah untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di negeri ini.

“Bagi kawasan yang terjejas teruk seperti di Rantau Panjang, Pasir Mas, petugas kita dihantar menggunakan pelbagai kenderaan termasuk lori dan bot, dengan bantuan pelbagai agensi pengurusan bencana,” katanya.

Beliau berkata jabatan kesihatan negeri akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan