KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Negeri yang terlibat ialah Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Pahang kawasan dijangka terlibat ialah Kuantan, Jerantut, Cameron Highlands, Rabuh, Bentong dan Temerloh, Johor (Tangkak dan Muar) dan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu).
Di Perak, antara kawasan dijangka terlibat ialah Kerian, Larut, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk dan Muallim manakala di Sarawak melibatkan Kuching,Serian, Samarahan, Bintulu dan Miri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial