AM

Jabatan Penjara Cadang Banduan Dalam Pemulihan Bekerja Di Sektor Perlombongan REE

05/12/2024 07:35 PM

POKOK SENA, 5 Dis (Bernama) -- Jabatan Penjara akan meneroka bidang baharu di bawah program pemulihan dalam komuniti (PDK) bagi membolehkan banduan bekerja dalam sektor perlombongan unsur nadir bumi (REE). 

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Ahmad Faudzi Awang berkata perkara itu selaras dengan perancangan kerajaan negeri Kedah untuk mengusahakan perlombongan REE.

“Kita sedang meneliti sama ada penempatan prospek (banduan PDK) boleh memberi sumbangan kepada sektor perlombongan ini nanti,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Kedah di Penjara Pokok Sena di sini hari ini.

Timbalan Komisioner Penjara Rahmat Abdul Rani dilantik sebagai Pengarah Penjara Negeri Kedah, menggantikan Komisioner Penjara Zainah Pardi yang dinaikan pangkat bertugas di Bahagian Parol dan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Ahmad Faudzi berkata sebanyak 11 syarikat telah mendaftar untuk bekerjasama dengan Jabatan Penjara Kedah di bawah program PDK dengan 527 banduan yang dilepaskan menerusi Sistem Parol dan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bekerja di syarikat berkenaan.

“Ini satu perkara yang agak menarik kerana terdapat peningkatan syarikat-syarikat dari Kedah untuk bekerjasama dengan kita,” katanya dengan 30,000 banduan di seluruh negara disasarkan bekerja dalam komuniti pada 2030, berbanding hanya 5,000 ketika ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan