KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 DisĀ ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.
Menurut kenyataan itu penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial