SHAH ALAM, 15 Dis (Bernama) -- Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti untuk meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Kongres Nasional akan datang.
Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata pindaan perlembagaan ini turut melibatkan prinsip penetapan kuota gender dan etnik.
"Kongres Khas ini telah menyaksikan lebih dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan perlembagaan parti yang telah diusul,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan selepas Kongres Nasional Khas PKR 2024 di Dewan Raja Muda Musa, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Fuziah berkata tarikh baharu bagi Kongres Nasional PKR 2024 dan 2025 akan diumumkan setelah MPP membuat keputusan dalam mesyuarat terdekat.
Kongres Khas itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dilaksanakan secara hibrid selepas mengambil kira ada dalam kalangan perwakilan datang dari negeri yang terkesan banjir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial