GUA MUSANG, 15 Dis (Bernama) -- Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini, ekoran cuaca buruk yang berlaku ketika Monsun Timur Laut.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata cuaca buruk yang berlaku di kebanyakan negeri ketika ini terutama di Pantai Timur merupakan faktor kerosakan jalan raya di beberapa kawasan terjejas.
Beliau berkata kerosakan itu menyebabkan jalan terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Pembinaan lencongan sementara untuk laluan Lojing-Gua Musang susulan lubang benam akan dilaksanakan Roadcare Sdn Bhd dengan kadar segera.
"Pihak kementerian dan JKR akan melaksanakan semua tindakan segera bagi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati semua pihak agar mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial