JENAYAH & MAHKAMAH

PENIAGA WANITA RUGI LEBIH RM50,000 DITIPU SINDIKET KERJA SAMBILAN

16/12/2024 06:36 PM

KUALA TERENGGANU, 16 Dis (Bernama) -- Seorang peniaga mengalami kerugian RM55,204 akibat terperdaya dengan sindiket pekerjaan tidak wujud yang diiklankan di laman sesawang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor dalam kenyataan hari ini berkata wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi pada 9 Dis lepas.

Beliau berkata mangsa telah mendaftar dan berhubung dengan suspek wanita menerusi aplikasi Telegram bagi mendapatkan arahan dan langkah selanjutnya.

"Pada mulanya mangsa yang diminta membuat bayaran RM30 untuk tugasan pertama mendapat komisen RM50, dan menerima komisen RM270 untuk tugasan kedua," katanya.

Azli berkata mangsa telah membuat transaksi keseluruhan RM55,204 dalam tempoh empat hari tetapi tidak menerima komisen untuk tugasan seterusnya.

"Pengadu yang berasa tertipu telah membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan