AM

MAJORITI KANAK-KANAK GISBH DI PERAK TELAH DITUNTUT KELUARGA - EXCO

17/12/2024 10:08 PM

IPOH, 17 Dis (Bernama) -- Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Salbiah Mohamed tidak mendedahkan jumlah kanak-kanak yang telah dituntut itu.

"Apa jua tindakan dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah bagi melindungi kanak-kanak terbabit berdasarkan kepada siasatan menyeluruh yang dilakukan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas Program Sejahtera Warga Emas Negeri Perak 2024 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri dilaporkan berkata 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISBH, masih belum dituntut ibu bapa mereka.

Dalam perkembangan lain, Salbiah berkata bayi lelaki baharu lahir yang ditemukan dalam semak di Kampung Permatang dekat Sitiawan Sabtu lepas, masih menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk menempatkan bayi berkenaan di pusat jagaan di bawah JKM.

Bayi lelaki itu ditemukan orang awam dalam semak di belakang sebuah surau dengan keadaan berbalut kain.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan