AM

Malaysia, Turkmenistan Jalin Kerjasama Pacu Sektor Pelancongan - MOTAC

19/12/2024 06:33 PM

PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Turkmenistan akan membangunkan beberapa bidang kerjasama dalam pelancongan iaitu mempromosikan lawatan serta penglibatan pada pameran selain menyokong pembangunan pelancongan mampan dan hijau bagi tempoh 10 tahun (2024-2034).

Kementerian Pelacongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan memaklumkan bidang kerjasama lain termasuk pertukaran maklumat serta amalan terbaik selain memupuk perkongsian dalam kalangan pihak berkepentingan.

Malaysia dan Turkmenistan secara rasmi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini sempena lawatan dua hari Presiden Serdar Berdimuhamedow Malaysia.

Menurut MOTAC, matlamat utama MoU itu ialah memperkukuh dan memajukan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pelancongan yang dinamik. 

"MoU ini bersedia memenuhi kepentingan bersama kedua-dua negara dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi rakyat masing-masing," katanya.

Ia ditandatangani oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing serta menteri Kebudayaan Turkmenistan Atageldi Ashirovich Shamuradov.

MOTAC turut memaklumkan bahawa kerjasama strategik itu adalah bukti komitmen kedua-dua negara ke arah memupuk persefahaman, pertukaran budaya dan pertumbuhan ekonomi menerusi lensa pelancongan. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan