AM

Jangan Guna Soket Dengan Kelengkapan Elektrik Berlebihan - ST

24/12/2024 04:21 PM

PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi serta elak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.

Itu antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas di musim perayaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini sempena sambutan hari Natal.

“Orang ramai dinasihatkan memastikan suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti,” menurut ST dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu memaklumkan orang ramai juga perlu menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM.

“Jangan membawa peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan atau “spark” berhampiran kawasan dapur memasak,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan