AM

Agong Berkenan Melawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025 04:15 PM

KOTA TINGGI, 13 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat mangsa banjir di daerah ini. 

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi di sini.

"Kedua-dua PPS tersebut menempatkan kira-kira 390 mangsa banjir daripada 106 keluarga," menurut hantaran itu. 

Keberangkatan Sultan Ibrahim diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Miswan Yunus.

Setakat 11 pagi ini, Johor merekodkan seramai 3,776 mangsa banjir yang ditempatkan di 37 PPS, dengan daerah Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,322 orang, diikuti Johor Bahru (780 orang), Kulai (546 orang), Pontian (595 orang) dan Kluang (533 orang).

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan