KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan dalam pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,576.0, Februari 2025 susut 4.5 mata kepada 1,580.0, Mac 2025 berkurang 5.0 mata kepada 1,562.0 dan Jun 2025 merosot 7.5 mata kepada 1,567.0
Jumlah dagangan meningkat kepada 11,333 lot daripada 6,789 lot ketika ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 47,225 kontrak daripada 42,946 kontrak semalam.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 9.13 mata atau 0.57 peratus kepada 1,576.46 daripada 1,585.59 ketika ditutup Isnin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial