AM

Malaysia Akan Bantu Pembinaan Semula Gaza - PM Anwar

17/01/2025 11:37 PM

Daripada D. Arul Rajoo

 LONDON, 17 Jan (Bernama) – Malaysia, yang telah sekian lama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin, akan membantu dalam pembinaan semula Gaza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan berdoa agar gencatan senjata yang diumumkan semalam berterusan.

"Ada cabaran, kami berdoa (gencatan senjata) akan kekal. Kami akan bantu dalam pembinaan semula Gaza," katanya kepada jemaah Masjid East London sebelum solat Jumaat.

Anwar berkata ia sesuatu yang baik bahawa Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.

Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu, diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, akan dikuatkuasakan Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.

Pada Khamis, Anwar berkata walaupun pembinaan semula menjadi keutamaan, kehilangan nyawa lebih 46,700 rakyat Palestin dan lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal perlu turut diakui dan tidak dilupakan.

Perdana Menteri, yang kini dalam lawatan kerja lima hari ke United Kingdom, menyerahkan al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris kepada pihak pengurusan masjid, sebelum makan tengah hari bersama ahli Majlis Muslim Britain.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan