AM

Prabowo Yakin Isu Sempadan, Tenaga Kerja Dapat Diselesaikan Secara Tertib

27/01/2025 06:26 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Presiden Indonesia Prabowo Subianto hari ini menyatakan keyakinannya terhadap Malaysia dalam menyelesaikan pelbagai isu sempadan dan tenaga kerja dengan Indonesia secara tertib.

Beliau berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.

“Hal-hal lain kita boleh selesaikan, masalah teknikal boleh diselesaikan. Apa yang penting ialah kita mempunyai iltizam politik dan strategik.

“Kita boleh selesaikan masalah sempadan, kita akan selesaikan masalah dua hala dan tenaga kerja jika sepakat untuk tertibkan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Sidang media bersama tersebut diadakan di Menara Berkembar PETRONAS selepas Prabowo dan Anwar mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat dua hala.

Prabowo berkata perkara tersebut turut disepakati bersama Anwar dalam pertemuan sebentar tadi.

Beliau berkata kerjasama antara Malaysia dan Indonesia adalah amat penting tatkala geopolitik dunia kini penuh dengan ketegangan dan ketidakpastian.

“Kerana itu pada pandangan saya, Malaysia dan Indonsia kita juga perlu tumpulan sinergi bersama rakan-rakan ASEAN kita. Hanya dengan kerjasama yang baik antara kita, suara kita akan lebih didengari,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan